fb fb fb fb fb

Traktor bagasi elektrik kurangkan pelepasan CO2

Anthony (dua, kanan) mencuba traktor bagasi elektrik dikendalikan GTR di KLIA, hari ini.

SEPANG, 10 Oktober- Pelancaran 20 traktor bagasi elektrik di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dianggarkan 1,029 tan setahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif diteraju penyedia perkhidmatan darat penerbangan utama di Malaysia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) menandakan langkah yang lebih meluas ke arah amalan lebih hijau dalam sektor penerbangan.

"Ini penting dalam menyokong dasar mesra alam sekitar yang juga sebahagian daripada objektif negara untuk mencapai sifar bersih pada tahun 2050," katanya pada majlis pelancaran 20 traktor bagasi elektrik di KLIA.

Anthony Loke berkata, traktor elektrik berkenaan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 66.7 peratus dan kos bahan api 43.5 peratus bagi setiap kenderaan.

Semua pihak berkepentingan dalam industri penerbangan seperti syarikat penerbangan, pengendali kemudahan darat, pengendali lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan digesa mengambil inspirasi daripada projek tersebut.

GTR akan mengendalikan 60 traktor bagasi elektrik, menggantikan hampir separuh daripada 119 traktor berkuasa diesel sedia ada yang digunakan di lapangan terbang seluruh negara bagi tempoh 18 bulan akan datang.

Trainee2