fb fb fb fb fb

TNGD kenakan yuran 1%, untuk tambah nilai kad kredit mulai 23 Februari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Februari- TNG Digital Sdn. Bhd (TNGD) akan mengenakan yuran 1% untuk semua tambah nilai kad kredit bermula 23 Februari ini.

Namun, bagi tambah nilai melalui DuitNow Transfer dan kad debit kekal percuma.

Langkah itu bagi membendung pengeluaran berlebihan dari baki kad kredit ke dalam akaun bank dan mengimbangi kos tambah nilai disubsidi oleh TNGD sejak penubuhannya.

Justeru, pengguna digalakkan menggunakan pindahan wang melalui DuitNow yang tertakluk kepada langkah anti-penipuan, sekali gus menjadikannya salah satu kaedah tambah nilai paling selamat.

Sebagai institusi kewangan terbesar dengan 20 juta pengguna, TNGD menjelaskan bahawa pihaknya perlu mencari keseimbangan antara kemudahan, keselamatan dan kemampanan kos jangka panjang syarikat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM