fb fb fb fb fb

TNB, IHI Corporation berkolaborasi projek pembakaran berskala kecil

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat Jepun, IHI Corporation berkolaborasi merintis projek pembakaran bersama berskala kecil.

Projek tersebut dijalankan di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak dan Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kajian fasa Front-End Engineering Design (FEED) yang dijangka selesai April 2024, mengesahkan kebolehlaksanaan teknologi ini serta mempamerkan komitmen TNB dalam penyediaan solusi tenaga lestari.

Selepas berjaya dengan ujian pembakaran satu peratus biomas, TNB melangkah ke peringkat seterusnya dengan pembakaran bersama melibatkan satu peratus ammonia dan dua peratus biomas.

Ia dijangka mampu mengimbangi pelepasan karbon bersamaan 71,000 unit kenderaan setahun.

Fasa pembakaran bersama peringkat awal dijadualkan pada suku ketiga tahun 2026 selepas selesai kerja-kerja pengubahsuaian stesen janakuasa.

Inisiatif itu selaras sasaran pengurusan karbon TNB menjelang 2035.

ZEHRA BINTI ZAMBRI