fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan melaksanakan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard, Bil Antara Bank BNM (BNIB) dan Bil Antara Bank BNM (BNIBI).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu berkenaan meningkat kepada RM34.77 bilion daripada RM30.14 bilion dalam minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM29.58 bilion daripada RM27.93 bilion, sebelum ini.

Selain itu, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 3.00 peratus sehingga 31 Jan, 2024. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI