fb fb fb fb fb

Monash University, TRX City bekerjasama bangunkan kampus baharu KL bernilai RM2.8 bilion

Monash University Malaysia bersama rakan pemaju TRX City akan membangunkan kampus baharu dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion di Tun Razak Exchange (TRX)

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Monash University Malaysia bersama rakan pemaju TRX City akan membangunkan kampus baharu dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion di Tun Razak Exchange (TRX).

Projek ini akan menjadi pelaburan terbesar Monash University di rantau Asia Tenggara.

Ia bakal menyumbang sebanyak RM19.1 bilion kepada ekonomi negara dalam tempoh 10 tahun melalui pembangunan infrastruktur, inovasi, tenaga kerja, pelajat dan jaringan komuniti.

Naib Canselor dan Presiden Monash University, Profesor Sharon Pickering dijadual mengumumkan pembangunan kampus baharu itu bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam satu kenyataan, universiti itu berkata kampus baharu yang serba moden ini dijangka siap pada tahun 2032 dan bakal menampung sehingga 22,500 pelajar serta disokong oleh 1,700 kakitangan.

Menurut Sharon, inisiatif ini membuktikan impak dan komitmen Monash University yang telah bertapak selama 27 tahun di Malaysia.

"Kampus di TRX ini merupakan pelaburan terbesar Monash University di rantau Asia Tenggara, ianya akan memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan bertaraf dunia", katanya.

"Ini merupakan antara detik paling penting dalam sejarah 70 tahun Monash University yang sentiasa memperjuangkan kemajuan ilmu dan idea bagi membawa perubahan bermakna", tambah beliau.

Perdana Menteri Australia, Hon Anthony Albanese berkata projek ini bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan dan pelaburan tetapi juga memperkukuhkan lagi jalinan Australia dengan negara-negara serantau dan komuniti global.

"Melalui Pelaburan Monash University dalam penubuhan kampus baharu di Malaysia ianya akan memberi peluang kepada pelajajar tempatan untuk menimba ilmu daripada salah satu universiti terbaik Australia di pusat bandar Kuala Lumpur", ujarnya.

Kampus baharu ini akan menawarkan program-program pengajaran dan penyelidikan baharu termasuk kesihatan global dan digital, adaptasi perubahan iklim, etika penggunaan A.I, dan analitik bisnes dan kewangan, termasuk teknologi semikonduktor, pembuatan termaju, keselamatan siber, dan peralihan tenaga.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN