KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Ibu pejabat Rangkaian Keselamatan Kecerdasan Buatan ASEAN (ASEAN AI Safe) akan mula beroperasi di Malaysia awal tahun depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Sekretariat ASEAN AI Safe akan berperanan menyediakan jadual program bagi memperkukuh kolaborasi.
ASEAN AI Safe merupakan agensi rangkaian yang menghimpunkan semua negara anggota badan serantau itu untuk membincangkan kerjasama bagi membangunkan ekosistem AI yang selamat.
"Kita perlu lihat bagaimana boleh adakan perbincangan berkenaan dengan mewujudkan satu rangkaian bagi memastikaan penggunaan AI di rantau ASEAN adalah selamat.
"Jadi perlu ada kolaborasi, perbincangan supaya setiap negara dapat melihat struktur-struktur yang diwujudkan dalam negara masing-masing dan bagaimana kita boleh wujudkan satu suasana iaitu setiap negara ASEAN melihat kebersamaan berkaitan dengan polisi (keselamatan AI),” katanya.
Sidang kemuncak itu menghimpunkan lebih 400 delegasi dari 14 negara termasuk pembuat dasar kanan, wakil korporat, penyelidik dan pengasas syarikat pemula.
Sementara itu, Kementerian Digital dalam kenyataan memaklumkan, ASEAN AI Safe adalah sebuah mekanisme serantau untuk menyokong Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) dan Kumpulan Kerja Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (WG-AI).
Meningkatkan kapasiti serantau, memupuk kerjasama, menggalakkan penyelidikan dan usaha inovasi dalam keselamatan AI serta meningkatkan penggunaan keselamatan AI.