KUALA LUMPUR, 13 Januari - Keputusan firma Jepun menarik diri dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur -Singapura dilihat mengambil kira implikasi kos yang besar, serta memerlukan jaminan kewangan oleh kerajaan terlibat.
Ketua dan juga Penyelidik Ekuiti Maybank Investment Bank, Wong Chew Hann berpandangan situasi itu juga dilihat bukan perkara baharu memandangkan projek infrastruktur mega seumpama itu di Jepun dan China misalnya, turut digerakkan dengan jaminan kewangan kerajaan masing-masing.
"Kebanyakkan projek infrastruktur seperti kereta api berkelajuan tinggi di Jepun dan China semuanya dibiayai oleh kerajaan, kena ada penglibatan.
"Saya mengerti pandangan kerajaan yang mahukan projek ini menjadi pembiayaan swasta kerana nilai RM100 bilion itu akan memberi tekanan kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya.
Agensi berita Jepun, Kyodo News melaporkan syarikat East Japan Railway Co, menarik diri terlibat dalam projek HSR KL-Singapura kerana disifatkan terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.
BERITA BERKAITAN: