fb fb fb fb fb

Aset Rizab Malaysia pada AS$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 31 Disember - Aset rizab rasmi negara mencatatkan jumlah AS$124.12 bilion pada 30 November 2025,manakala aset mata wang asing lain mencatatkan AS$266.2 juta menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$13,188.2 juta.

"Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS $21,024.2 juta pada akhir bulan November 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang." jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut BNM, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah berjumlah AS$ 2,914.1 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

''Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa di bawah format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa pada akhir November 2025, rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna,'' katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD