fb fb fb fb fb

Projek HSR, kerajaan teliti kesan penarikan firma Jepun

Foto Hiasan / Fail

KAJANG, 12 Januari - Kerajaan akan meneliti kesan penarikan firma Jepun daripada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura terhadap projek berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau baru sahaja menerima laporan itu hari ini.

"Kita akan lihat...Saya baru terima laporan sebentar tadi," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra, di sini.

Mengikut laporan agensi berita Jepun, Kyodo News, syarikat negara itu memutuskan untuk menarik diri kerana berpendapat ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN