fb fb fb fb fb

Bomba Kota Tinggi tingkat persediaan hadapi gelombang ke-2 banjir

Bomba Kota Tinggi tingkat persediaan hadapi gelombang ke-2 banjir

KOTA TINGGI, 12 Januari - Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Johor meningkatkan persediaan bagi menghadapi gelombang kedua susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Bagaimanapun, status semasa di semua kawasan panas banjir di Kota Tinggi, Johor dilaporkan baik hari ini.

Ketua Zon Dua, JBPM Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus berkata, kawasan berhampiran pantai dijangka berisiko banjir susulan jangkaan hujan lebat hujung minggu ini dan air pasang besar.

“Amaran banjir juga dikeluarkan dan penduduk diminta berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan. Tambahan pula, daerah ini memang dijangka mengalami hujan lebat susulan Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac, jadi persediaan memang ditingkatkan setiap hari,” katanya ketika ditemui RTM.

Penduduk terutama di kawasan panas banjir dinasihatkan peka dengan situasi semasa dan mendapatkan info terkini setiap masa.

Aset-aset bomba juga diletakkan dalam keadaan siap siaga.

ROSLINA BINTI DIN