fb fb fb fb fb

SAMENTA harap Kabinet baharu terus sumbang kepada pertumbuhan ekonomi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap Kabinet baharu akan terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Ini melibatkan industri dalam perubahan dasar utama dan menstabilkan kos barangan serta kos menjalankan perniagaan secara umum.

Samenta dalam satu kenyataan memaklumkan selain itu keutamaan lain dalam barisan baharu ialah mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, menghapuskan beban kawal selia yang tidak perlu kepada perniagaan dan memperbaharui undang-undang buruh dan upah.

Justeru, SAMENTA berharap pembentukan Pasukan Petugas Masa Depan Pekerjaan Peringkat Kabinet dilakukan untuk mengumpulkan pemimpin politik, industri dan ahli akademik untuk merancang dan membangunkan respons Malaysia terhadap pasaran bakat yang berubah.

SAMENTA akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi bawah pimpinan Menteri Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Menteri baharu Datuk R Ramanan untuk menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE