fb fb fb fb fb

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar

(Gambar Fail)

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar ketika dibuka pagi tadi.

Ini berikutan sentimen pelabur mengenai kempen menaikkan kadar faedah oleh Amerika Syarikat bagi menstabilkan tekanan inflasi.

Setakat 12 tengahari, ringgit diniagakan pada 4.21 berbanding dolar Amerika.

Berbanding dolar Singapura, ringgit disebut pada 3.10 dan berada pada 3.51 berbanding Yen.

Ringgit diniagakan pada 5.53 berbanding Pound sterling dan disebut pada 4.63 berbanding Euro.


(FOTO REUTERS)

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi dagangan awal, pagi tadi disebalik tekanan jualan yang semakin reda.

Pada pukul 12.30 tengahari, Bursa Malaysia turun 2.54 mata kepada 1,584.62 mata.

Antara saham aktif, FFB kekal rata pada RM1.76 sen, CSH juga kekal tidak berubah pada 15 sen dan AT susut setengah sen kepada 2 sen.

Bagi saham yang mencatatkan keuntungan tinggi pula antaranya, PMBTECH naik 46 sen kepada RM17.34, KLK meningkat 42 sen kepada RM25.40, manakala BKAWAN bertambah 34 sen kepada RM26.28.

Media Baharu