fb fb fb fb fb

PMTK Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2023

FOTO DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia tumbuh 5.5 peratus kepada RM314.5 bilion tahun lalu.

Ia kekal komponen kedua terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar; KDNK dengan sumbangan 20.1 peratus daripada jumlah ekonomi keseluruhan.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, gabungan tekanan ekonomi global dan penyesuaian dasar dalam negara antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan sederhana PMTK.

Kesemua aktiviti utama menunjukkan peningkatan terutamanya pelaburan dalam aset tetap aktiviti Perkhidmatan dan Pembuatan.

Mengikut sektor, swasta menyumbang 77.2 peratus kepada keseluruhan PMTK.

Selebihnya, disumbangkan sektor awam sebanyak 22.8 peratus.

Berbanding negara-negara di rantau ASEAN, sebahagian daripadanya mencatat pertumbuhan PMTK lebih baik.

Antaranya, Indonesia dan Singapura, masing-masing mencatatkan 7.6 peratus dan 4.9 peratus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE