fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM36.64 bilion daripada RM38.62 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM26.38 bilion daripada RM21.64 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, BNM menjalankan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM26.4 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Setakat 23 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA