KUALA LUMPUR, 24 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai.
Bulan semasa Julai 2024 susut 10.0 mata kepada 1,623.5 manakala Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing turun 9.5 mata kepada 1,627.5, 1,611.5 dan 1,618.5.
Jumlah dagangan berkurang kepada 7,062 lot daripada 9,754 manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 55,105 kontrak daripada 57,979.
Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI susut 8.54 mata atau 0.52 peratus kepada 1,621.14 daripada 1,629.68 ketika ditutup pada Selasa.- BERNAMA