fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Julai - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM38.62 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.64 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta selama 33 hari serta dua tender repo berbalik, masing-masing terdiri daripada tender RM1.5 bilion selama 33 hari dan RM1 bilion selama 92 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender semalaman pasaran wang konvensional bernilai RM41.1 bilion dan tender semalaman pasaran wang Murabahah bernilai RM22.6 bilion. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI