fb fb fb fb fb

PM yakin potensi rakyat Malaysia dalam pembangunan ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 April - Kerajaan komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menaruh keyakinan terhadap potensi rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi.

"Di bawah Kerajaan MADANI, kami komited untuk membina masa depan baharu yang berteknologi tinggi dan dipacu inovasi untuk Malaysia.

"Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan bergaji tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap potensi setiap rakyat Malaysia, dalam prospek cerah untuk ekonomi kita, dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara," katanya yang berkongsi potensi Malaysia melalui laporan video yang dimuat naik di laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Menerusi video WEF menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu tempat untuk pelaburan dalam sektor semikonduktor baharu khususnya di Pulau Pinang selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) pada tahun lalu.

GRACE AISYAH KEDAYAN