fb fb fb fb fb

PDB teruskan kepelbagaian portfolio, tingkat daya tahan syarikat

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan meneruskan kepelbagaian portfolionya dengan tumpuan kepada sektor serbaneka dan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani berkata ia akan disokong perkongsian strategik yang memainkan peranan utama dalam memastikan daya tahan syarikat pada masa hadapan.

Menerusi Laporan Bersepadu PDB 2023, jelasnya potensi ketidaktentuan dalam ekonomi dan pasaran pada masa akan datang tetap diambilkira.

Justeru, PDB akan terus menerapkan disiplin dalam pelaburan dan operasi, memastikan sumber dioptimumkan dengan berkesan untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya tahan.

Sementara itu, katanya, purata harga minyak pada 2024 dijangka berlegar sekitar AS$80 dolar Amerika setong, selaras purata harga 2023.

Selain itu beliau berpendapat, cukai baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan pada hasil petroleum dan menstabilkan persekitaran fiskal berpotensi mempengaruhi tingkah laku dan perbelanjaan pengguna.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM