fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.04 bilion daripada RM23.32 bilion pada pagi ini manakala dana Islam turun kepada RM21.74 daripada RM25.37 bilion, sebelum ini.

Bank pusat itu terdahulu pada hari ini menawarkan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik serta satu tender Qard.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM24 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM21.7 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Setakat 27 Mac, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti Nuzul al-Quran. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF