KUALA LUMPUR, 29 Mac - Sistem perbankan negara terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 153.7 peratus setakat Februari lepas.
Bank Negara Malaysia menerusi Sorotan Bulanan bagi Februari 2024 memaklumkan, agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya pula kekal stabil pada 81.8 peratus.
Kualiti aset sistem perbankan juga kekal utuh dengan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan kekal stabil, masing-masing pada 1.6 peratus dan 1 peratus.
Sementara itu, jelas bank pusat, pasaran kewangan didorong jangkaan pelabur global bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengekalkan kadar dasar yang tinggi untuk tempoh lebih lama.
Berlatarkan perkembangan ini, ringgit mencatat penurunan nilai sebanyak 0.7% berbanding dolar
Manakala hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun meningkat sebanyak 7 mata asas.
FBM KLCI pula didagangkan lebih tinggi sebanyak 2.5% berikutan aliran masuk ekuiti asing.