fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi kedua berturut-turut pada Jumaat, terjejas berikutan kebimbangan mengenai permintaan bermusim yang rendah.

"Musim sejuk secara tradisinya adalah di luar musim permintaan bagi industri tayar kenderaan dan keseluruhan kadar operasi bagi pengeluar tayar getah pada Disember dijangka menurun," katanya kepada Bernama.

Namun, peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 petang, ringgit menyusut kepada 4.4520/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4395 semalam.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 14.5 sen kepada 889.00 sekilogram manakala lateks pukal menaik 3.0 sen kepada 706.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 712.50 sen sekilogram.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN