fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional menyusut kepada RM25.80 bilion daripada RM27.21 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM23.20 bilion daripada RM22.69 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM25.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.20 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 12 Disember. - BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA