fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih rendah pada Isnin di tengah-tengah jangkaan peningkatan kadar pengeluaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata harga minyak kacang soya yang lebih rendah turut memberi tekanan kepada penurunan harga.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,400 dan paras rintangan pada RM4,550,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak semerta bulan Oktober 2025 susut RM15 kepada RM4,385 setan, kontrak November 2025 turun RM10 kepada RM4,408 setan, dan kontrak Disember 2025 berkurang RM5 kepada RM4,437 setan.

Kontrak Januari 2026 merosot RM4 kepada RM4,453, Februari 2026 susut RM1 kepada RM4,447 setan, manakala Mac 2026 menokok RM9 kepada RM4,425 setan.

Jumlah dagangan merosot kepada 45,567 lot daripada 62,039 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 272,369 kontrak daripada 273,808 sebelumnya.

Pada pasaran fizikal, Oktober Selatan meningkat RM10 kepada RM4,430 setan.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN