fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLCI rendah dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.51 pagi, bulan semasa Julai 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,633.0, Ogos 2024 turun 1.5 mata kepada 1,636.0 dan September 2024 berkurangan 4.5 mata kepada 1,616.5 manakala Disember 2024 jatuh kepada 1,625.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,578 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 47,065 kontrak.

Sementara itu, FBM KLCI naik 1.69 mata kepada 1,631.51 selepas 51 minit dagangan. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA