fb fb fb fb fb

MPN fokus strategi pelaburan hijau

engku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berucap pada Forum Perkongsian Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Strategi pelaburan hijau akan terus jadi fokus utama Majlis Pelaburan Negara; MPN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, strategi itu akan menyokong hasrat Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pertama di rantau ini.

Jelas beliau, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan MPN dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"kita akan memberi fokus kepada beberapa sektor yang kita akan memberi pencerahan nanti dan yang pentingnya ialah kita mahu memastikan ini dapat merancakkan ekonomi negara kita, dan pada masa sama, dapat dapat capai sasaran yang telah ada dalam NETR dan NIMP,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Forum Perkongsian Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Forum itu juga menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara kedua negara, melalui kerjasama ekonomi, perniagaan, dan budaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE