fb fb fb fb fb

SAMENTA harap rasionalisasi RON 95 dilakukan secara berperingkat

Foto Fail

PETALING JAYA, 16 Julai- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap pelaksanaan rasionalisasi RON 95 dilakukan secara berperingkat agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu mengurus kos operasi.

Presidennya, Datuk William Ng berkata pemansuhan subsidi secara terus dijangka memberi kesan kepada kuasa beli pengguna dan PKS.

"Kita harap kalau kerajaan nak mansuhkan subisidi RON 95, jangan dilakukan seperti diesel, dihapuskan terus."

"Daripada Mei, kita harap dikurangkan secara berperingkat kerana impak kepada inflasi dan seterusnya kos kepada rakyat," kata Datuk William kepada pemberita selepas sesi perbincangan mengenai Cabaran dan Peluang bagi PKS Malaysia dan Industri Runcit.

Ketika ini, PKS merangkumi 97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan di negara ini iaitu kira-kira 1.2 juta syarikat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM