fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM39.33 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.75 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta bagi 31 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender sehingga RM40.8 bilion dalam pasaran semalaman konvensional dan RM18.4 bilion untuk pasaran semalaman murabahah.
-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN