KUALA LUMPUR, 24 November- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya bergerak tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini.
Pada pukul 9.36 pagi, kontrak November 2023 dan Mac 2024 menambah 5.5 mata masing-masing kepada 1,459.0 dan 1,446.0, Disember 2023 meningkat 5.0 mata kepada 1,459.0, manakala Jun 2024 tidak berubah pada 1,448.5.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 2,507 lot dan 43.331 kontrak.
FBM KLCI menokok 2.50 mata untuk mencapai paras 1,455.79 selepas 36 minit dagangan.- BERNAMA