fb fb fb fb fb

Pusat 3S EON Smart, rancakkan pasaran EV

Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial

SHAH ALAM, 24 November- Edaran Otomobil Nasional (EON) melancarkan bilik pameran Kenderaan Elektrik (EV), yang pertama bertempat di Glenmarie Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial optimis Pusat 3S EON Smart tersebut mampu merancakkan lagi perkembangan pesat pasaran EV di Malaysia.

Pihaknya meletakkan sasaran jualan sekitar 200 unit jualan kenderaan SMART #1 pada tahun depan, selain mempelawa peminat EV untuk merasai pengalaman pandu uji dengan mengunjungi bilik pameran tersebut.

"Buat masa sekarang kita ada 100 tempahan. Insya-Allah tahun ini kalau boleh kita dapat lebih kurang 150 unit dan itu target kita. Pertumbuhan EV makin pesat di Malaysia. Sekiranya kita boleh mencapai 170 ke 200 unit pada 2024, itu kiranya mencapai sasaran," katanya.

EON yang merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad melabur sejumlah RM4 juta membangunkan EON Smart Glenmarie.

Selain ruang pameran, pusat itu turut dilengkapi ruang istirehat pelanggan, kafe, Wi-Fi percuma dan bilik kanak-kanak khusus.

Untuk senarai penuh model dipasarkan EON, orang ramai boleh melayari laman web eon.com.my.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM