fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini kerana peniaga menunggu data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 berkurang kepada US$2,625.50 setiap auns troy daripada US$2,626.90 setiap auns troy semalam manakala November 2024 susut kepada US$2,647.30 setiap auns troy daripada US$2,648.70 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih rendah pada US$2,648.70 setiap auns troy daripada US$2,650.10 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menguncup kepada 19 lot daripada 31 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 43 kontrak daripada 51 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,610.70 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI