fb fb fb fb fb

Malaysia di landasan tepat catat pertumbuhan KDNK 2023 pada 4%

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4 peratus tahun ini.

Manakala untuk tahun 2024, 4.5 peratus.

AmBank dalam nota penyelidikannya memaklumkan, ia berdasarkan penurunan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian; IPP September.

AmBank berkata, pengeluaran pembuatan dijangka kekal di bawah tekanan dalam tempoh terdekat, berpandukan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan yang terus mengalami kemerosotan.

Keadaan dijangka bertambah baik pada 2024, selari unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap peningkatan eksport global.

Semakan semula unjuran KDNK 2024 China oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menawarkan harapan untuk aktiviti pembuatan yang lebih baik.

Bagaimanapun, risiko geopolitik yang semakin meningkat dan tempoh kadar faedah tinggi yang berpanjangan antara faktor risiko utama yang boleh menjejaskan prospek berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE