fb fb fb fb fb

Kemasukan syarikat 'unicorn’, cipta pekerjaan bernilai tinggi

Rafizi berkata kemasukan syarikat 'unicorn’ ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.

KUALA LUMPUR, 22 April- Kerajaan akan melancarkan 'Startup Single Window' yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat dan aplikasi bagi ekosistem permulaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata usaha itu bagi memudahkan pengoperasian syarikat- syarikat dan pelabur di Malaysia.

"Matlamat Malaysia adalah untuk menjadi destinasi pilihan bagi modal peringkat awal, sekali gus menjadi pusat usahawan bertaraf dunia," katanya semasa ucapan dalam Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata Malaysia berusaha untuk menarik masuk 'unicorn’ iaitu pemula niaga global ke Malaysia.

Langkah itu bagi menjadikan Malaysia sebagai tapak teras Asia Tenggara bagi syarikat teknologi global.

Rafizi berkata kemasukan syarikat 'unicorn’ ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.

'Unicorn' merupakan terma yang merujuk syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM