fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 22 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM22.94 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.37 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari, tender Qard bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM16.1 bilion.

Selain itu, bank pusat berkenaan menyatakan ia berhak menolak bidaan bank untuk tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4 petang. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA