fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM20.25 bilion berbanding RM22.94 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM14.45 bilion daripada RM16.37 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM20.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.40 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 19 April, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF