fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM29.14 bilion dan RM20.39 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion (34 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat dijangka menawarkan sehingga RM28.6 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM20.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -Bernama

(FOTO HIASAN)

Media Baharu