fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.10 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM33.83 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi tender RM800 juta bagi tempoh tujuh hari dan tender RM500 juta selama 15 hari, satu tender Qard selama tujuh hari serta dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing bagi tempoh 32 hari dan 92 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM33.4 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI