fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini didorong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.33 bilion daripada RM32.67 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM30.34 bilion daripada RM31.79 bilion sebelum itu.

Terdahulu, bank pusat itu mengumumkan ketersediaan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.30 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM30.30 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 13 Dis 2023. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA