fb fb fb fb fb

MLRe kembangkan segmen perniagaan, perkenal semula perniagaan takaful

Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) mengembangkan segmen perniagaan dengan memperkenalkan semula perniagaan takaful, selepas memperoleh lesen daripada Menteri Kewangan.

KUALA LUMPUR, 14 Disember - Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) mengembangkan segmen perniagaan dengan memperkenalkan semula perniagaan takaful, selepas memperoleh lesen daripada Menteri Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MLRe, Patrick Cheah berkata pengenalan itu membolehkan syarikat meneroka sektor takaful semula keluarga, komponen penting dalam ekosistem kewangan Islam.

Beliau berkata, langkah strategik itu juga seiring misi menawarkan perkhidmatan kewangan inovatif dan komprehensif, ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab utama kewangan Islam.

"Takaful semula ini akan menyokong inisiatif takaful yang menyokong inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan lebih ramai rakyat Malaysia dilindungi.

"Kami juga menyasarkan dalam tempoh tiga tahun, perniagaan daripada takaful semula ini dapat menyumbang 10 peratus daripada pendapatan kumpulan," katanya di majlis pelancaran Takaful Semula MLRe, di sini

Tambah Patrick, syarikat turut berhasrat untuk memperluaskan pasarannya ke negara jiran termasuk Indonesia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN