fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan permintaan, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 turun kepada AS$1,985.40 setiap troy auns daripada AS$1,988.80 setiap troy auns pada Selasa manakala Januari 2024 susut kepada AS$1,995.20 setiap troy auns daripada AS$1,998.60 setiap troy auns sebelumnya.

Kontrak Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada AS$2,005.20 setiap troy auns.

Bagaimanapun, jumlah dagangan meningkat kepada 152 lot daripada 131 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 409 kontrak berbanding 373 kontrak sebelumnya.

Mengikut London Bullion Market Association pada tengah hari 12 Dis, harga emas fizikal berada pada AS$1,980.85 setiap troy auns. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA