fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh, didorong operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu, susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM24.33 bilion daripada RM24.57 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam dana Islam, mudah tunai meningkat kepada RM28.84 bilion daripada RM27.70 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik, serta satu tender Bil-bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM27.7 bilion kepada RM28.8 bilion.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM28.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 16 Jan, 2024.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN