fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik semalaman.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM32.00 bilion daripada RM40.10 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangan kepada RM18.10 bilion daripada RM19.09 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 10 Oktober 2024.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM