fb fb fb fb fb

HASAN, bantu syarikat pemula sertai ekonomi halal ke pasaran global

Pengarah Urusan Ethis Group, Umar Mushi

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Platform Digital 'HASAN' diperkenal bagi membantu usahawan baharu mahupun syarikat pemula menyertai ekonomi halal ke pasaran global sekali gus menjadikan ia sebagai hab bagi pelabur menembusi sektor tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Ethis Group, Umar Mushi, platform berkenaan menyediakan perkhidmatan nasihat serta bimbingan, sokongan kewangan dan rangkaian perniagaan.

HASAN yang dibangunkan secara dalam talian turut mendapat sokongan penuh dari pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

" Jadi dengan HASAN ini kita akan dapat membantu perusahaan baharu orang Muslim yang akan membangun ekonomi Islam dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk semua orang.

"Yang penting ia mestilah perusahaan yang halal memberi manfaat yang baik untuk masyarakat kita, terbuka kepada mana-mana industri dengan fokus kepada perbankan Islam, halal dan dagangan halal,"katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan produk platform digital 'HASAN' di ibu negara

Platform yang akan tersedia bermula pertenggahan bulan hadapan, dibangunkan berdasarkan permintaan pengasas syarikat muslim yang ingin memanfaatkan ruang digital terutama melibatkan perkhidmatan halal sehingga ke peringkat antarabangsa

Selain Malaysia, program platform berkenaan turut akan memasuki pasaran Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE