fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Bursa Malaysia berjaya pulih semula daripada penurunannya pada sesi dagangan awal untuk ditutup hanya rendah sedikit hari ini apabila belian lewat dalam saham perjudian, telekomunikasi dan perbankan menyokong indeks petunjuk pasaran itu di tengah-tengah prestasi lemah di kebanyakan pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.29 mata kepada 1,536.98 daripada paras penutup 1,539.27 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka rendah turun 1.35 mata kepada 1,537.92, bergerak antara paras 1,518.84 dan 1,537.92 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 654 berbanding 380, manakala 450 kaunter tidak berubah, 767 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.81 bilion unit bernilai RM2.80 bilion daripada 3.32 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Isnin.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau kebanyakannya ditutup rendah berikutan jualan dalam saham teknologi ekoran petunjuk negatif daripada Wall Street semalaman.

Beliau berkata sentimen menjadi berhati-hati selepas indeks petunjuk pasaran melepasi paras sokongan 1,534. Paras sokongan seterusnya dilihat pada 1,520.

"Walaupun wujud sentimen berhati-hati, kami percaya penjualan itu memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan saham pada harga yang lebih rendah," katanya kepada Bernama

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank naik tiga sen kepada RM9.63, CIMB rmeningkat lapan sen kepada RM6.53, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.32, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM11.16 dan Petronas Chemicals berkurangan dua sen kepada RM6.86.

Dalam kalangan kaunter cergas, Harvest Miracle Capital menyusut setengah sen kepada 13.5 sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen, Widad Group berkurangan 1.5 sen kepada 9.5 sen, dan kedua-dua TWL Holdings dan Fitters Diversified tidak berubah masing-masing kepada 3.5 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 20.09 mata kepada 11,397.01, Indeks FBMT 100 susut 19.02 mata kepada 11,065.29, Indeks FBM ACE jatuh 51.20 mata kepada 4,699.16, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 58.40 mata kepada 11,385.09 dan Indeks FBM 70 jatuh 36.72 mata kepada 15,363.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.60 mata kepada 17,290.13, Indeks Perladangan turun 117.81 mata kepada 7,178.29, Indeks Tenaga susut 6.49 mata kepada 907.27, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.22 mata kepada 174.47.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.99 bilion unit bernilai RM2.51 bilion daripada 1.93 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.22 bilion unit bernilai RM151.75 juta daripada 786.11 juta unit bernilai RM102.03 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 595.83 juta saham bernilai RM140.07 juta daripada 589.15 juta saham bernilai RM134.95 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 252.26 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (412.72 juta); pembinaan (140.51 juta); teknologi (197.07 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (150.35 juta); hartanah (388.42 juta); perladangan (41.36 juta); REITs (13.19 juta), dana tertutup (25,800); tenaga (186.23 juta); penjagaan kesihatan (42.44 juta); telekomunikasi dan media (32.13 juta); pengangkutan dan logistik (29.14 juta); dan utiliti (103.62 juta). - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI