fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan pelabur menjangkakan lebih banyak petunjuk mengenai pengurangan kadar faedah menjelang kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell semasa persidangan kongres pada Rabu dan Khamis ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Mac 2024 meningkat kepada US$2,134.00 setiap auns troy daripada US$2,093.00 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,144.30 setiap auns troy berbanding US$2,102.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 61 lot daripada 25 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 83 kontrak daripada 52 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 4 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,098.05 setiap auns troy. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI