fb fb fb fb fb

Alipay Plus; Pelancong dari lapan negara boleh guna Duitnow QR

Pelancaran Paynet & AliPay Dan Pembayaran Merentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 8 November- Payments Network Malaysia Sdn Bhd; PayNet memperkukuh kerjasama bagi pembayaran digital rentas sempadan bersama Alipay Plus bawah Ant Group.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad berkata, kolaborasi terbaru itu membolehkan pelancong dari lapan negara dengan e-dompet yang disokong Alipay Plus, menggunakan kemudahan pembayaran Duitnow QR di negara ini.

Kemudahan pembayaran digital rentas sempadan itu membabitkan rakan e-dompet Ali Pay Plus dari China, Hong Kong, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Macau dan Thailand.

"Pelancong dengan e-dompet AliPay Plus dari China dan lapan negara yang datang ke Malaysia boleh menggunakan sistem Duitnow QR di 1.8 juta lokasi perniagaan dengan mudah.

"Ini akan meningkatkan jualan peniaga kecil di Malaysia,"kata Farhan.

Tambahnya, pengembara tempatan boleh menggunakan kemudahan pembayaran sama di lapan negara berkenaan secara berperingkat bermula tahun hadapan.

Bercakap pada majlis pelancaran kolaborasi tersebut, Paynet berhasrat untuk memperluaskan kemudahan pembayaran ke 10 lagi negara di rantau Asia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketika ini, kemudahan pembayaran Duitnow QR saling beroperasi di Singapura, Thailand dan Indonesia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE