fb fb fb fb fb

Zelensky tuduh Rusia lakukan 'pembunuhan beramai-ramai' di wilayah Donbas

(Beberapa kampung dan bandar tidak wujud lagi di Donbas, akibat peperangan/GOOGLE)

KIEV, 27 Mei - Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Khamis menuduh Rusia menjalankan "dasar pembunuhan beramai-ramai yang jelas" di wilayah Donbas.

"Serangan Moscow di Donbas boleh menyebabkan wilayah itu tidak berpenghuni," katanya sambil menuduh Rusia mahu menjadikan bandarnya menjadi abu.

(Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky/AFP)

."Semua ini, termasuk pengusiran rakyat kita dan pembunuhan beramai-ramai orang awam, adalah dasar pembunuhan beramai-ramai yang jelas dijalankan oleh Rusia," katanya dalam ucapan hariannya yang disiarkan di televisyen.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada akhir Februari menghantar tentera ke Ukraine, dengan menyatakan kempen itu bertujuan menghentikan "pembunuhan beramai-ramai" penutur bahasa Rusia di negara pro-Barat itu.

Pada bulan April, parlimen Ukraine menyokong resolusi yang mendakwa tindakan tentera Rusia di negara itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai".

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggunakan ungkapan yang sama, mengatakan Putin nampaknya berniat untuk "cuba menghapuskan bangsa Ukraine".

Dakwaan serupa turut disuarakan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.- AFP

Media Baharu