fb fb fb fb fb

Gempa 6.1 gegar Timor Leste, amaran tsunami dikeluarkan  

(FOTO GOOGLE MAPS)

JAKARTA, 27 Mei- Gempa bumi 6.1 magnitud melanda Timor Leste pagi ini. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung bahagian timur Timor Leste dan Indonesia.

Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) telah mengeluarkan amaran tsunami di kawasan serantau lautan itu.

Kumpulan pemerhati tsunami menasihatkan gempa berisiko menjejaskan kawasan di Lautan Hindi.

Timor Leste tereletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) iaitu kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik menyaksikan wilayah itu kerap dilanda gempa bumi.

Pada Februari lalu, gempa 6.2 magnitud melanda wilayah Sumatera, Indonesia menyebabkan belasan penduduk mati.

Baca juga
Gempa bumi Wilayah Sumatera Barat, tujuh maut


(FOTO USGS)

Pada 2004, gempa 9.1 magnitud menggegar pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami kuat, membunuh 220,000 penduduk di kawasan terjejas, termasuk kira-kira 170,000 penduduk Indonesia.

Timor Leste dihuni kira-kira 1.3 juta penduduk dan merupakan negara Asia Tenggara paling “muda”, baru-baru ini menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-20.

Bekas negara jajahan Portugis itu mendapat kemerdekaan dari Indonesia pada Mei 2002.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan gempa 6.5 magnitud itu berpusat di kawasan laut 85 kilometer Barat Daya Maluku dengan kedalaman 104 kilometer. -AFP

Media Baharu