fb fb fb fb fb

Zelensky mohon larang Russia di semua lapangan terbang, pelabuhan

KIEV, 1 Mac- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, semalam meminta larangan global terhadap pesawat dan kapal Rusia yang menggunakan lapangan terbang atau pelabuhan asing sebagai hukuman bagi Moscow melancarkan serangan ke atas negaranya.

"Kita mesti menutup kemasukan untuk negara ini di semua pelabuhan, semua terusan dan semua lapangan terbang dunia," katanya di Facebook, sambil menggesa masyarakat antarabangsa untuk 'mempertimbangkan penutupan sepenuhnya langit kepada peluru berpandu Russia, pesawat dan helikopter'.

Zelensky juga menuduh Russia 'mengebom dan menembak' wilayah Ukraine semalam untuk memberi 'tekanan' ke atas Kiev semasa rundingan untuk gencatan senjata.

Bagi kempen tekanannya terhadap pemimpin Ukraine, "Jangan buang masa anda," Zelensky memberitahu Rusia dalam mesej video.


(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky/ AFP)

 Sejurus sebelum rundingan semalam terhenti, hanya bersetuju untuk mengadakan rundingan pusingan kedua 'tidak lama lagi', pemimpin Russia Vladimir Putin menyatakan prasyaratnya untuk menamatkan perang dalam panggilan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Putin berkata, penyelesaian boleh dilakukan 'hanya jika kepentingan keselamatan Russia yang sah diambil kira tanpa syarat, termasuk pengiktirafan kedaulatan Rusia ke atas Crimea, pengunduran tentera dan pembebasan negara Ukraine serta memastikan status neutralnya," kata Kremlin.

Pertempuran terus berlaku semasa dialog itu, dengan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh akibat serangan Russia di bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv yang terletak berhampiran sempadan Russia.

Lebih 350 orang awam, termasuk 14 kanak-kanak, telah terbunuh semasa pencerobohan itu, menurut Ukraine, manakala lebih setengah juta orang telah meninggalkan negara itu. - AFP

 

Media Baharu