(Foto AFP)
KIEV, 1 Mac - Pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musnah diserang Rusia.
Pesawat berkenaan musnah dalam serangan terhadap pangkalan udara Hostomel berhampiran, Kiev.
Menteri Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba dalam ciapan di Twitter berkata, biarpun pesawat kebanggaan itu telah dimusnahkan, Ukraine berjanji membina semula pesawat itu.
(FOTO Air Cargo News)
Sementara itu, syarikat pengelur senjata tempatan memberitahu, pemulihan dan pembinaan semula pesawat itu akan menelan belanja lebih US$3 bilion selain memakan masa yang lama.
Pesawat yang diberi nama Mriya yang bermaksud 'Impian' itu dibina di Kesatuan Soviet pada tahun 1988.-AFP