fb fb fb fb fb

Hari kelima serangan Ukraine rekod 352 kematian, lebih 1,000 cedera

(Foto AFP)

IRPIN, 1 Mac - 352 kematian termasuk 14 kanak-kanak direkod sepanjang lima hari serangan Rusia terhadap Ukraine.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan,serangan turut menyebabkan sekurang-kurangnya 1,684 orang termasuk 116 kanak-kanak cedera.

Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan kepada umum oleh kedua-dua pihak bertelagah berhubung jumlah korban membabitkan anggota tentera masing-masing.

(Gambar Fail)

Kementerian Kesihatan Ukraine dalam satu laporan pula mengesahkan, mangsa yang terbunuh turut melibatkan orang awam.

Ia sekaligus menyangkal kenyataan Rusia sebelum ini yang memberi jaminan keselamatan terhadap orang awam Ukraine kerana serangan hanya menyasarkan kemudahan ketenteraan.-AFP

Media Baharu